Petua ini diajarkan oleh Dato’ Dr. Fatma El-Zahra untuk awet muda, menawan dan berseri. Kita boleh amalkan kesemua cara-cara di bawah ataupun boleh amalkan 1 cara sahaja, asalkan kita istiqamah mengamalkannya.
Cara 1:
Dilakukan selepas solat Isyak
· ambil air segelas
· baca al-Fatihah sekali
· Ayatul Qursi sekali
· Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebany
ak 7 kali.
· Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & untuk kebahagiaan rumahtangga.
Surah al-Waqiah ayat 35 -38
Cara 2:
Zikir di bawah dibaca untuk kita sentiasa kelihatan berseri, awet muda luaran dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut :
Baca ” Ya Badiyah ” 1 x
Baca ” Ya Nur ” 1x
Baca ” Ya Hadi ” 1 x
Baca ” Ya Allah ” 3x
Baca zikir di atas dan tiup ke tapak tangan, kemudian sapu ke muka kita. Lakukan setiap hari.
Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:
(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
(56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,
(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.
Cara 3:
Amalkan membaca ayat2 seperti berikut ;
Baca ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah pada tiap selepas solat subuh.
Selepas baya ayat2 ini, hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut.
Kaedah ini diamalkan supaya kelihatan cantik, muda dan bertenaga luar dan dalam.
p/s : cara kedua kalau kita x sempat sgt sbb paling senang..selamat mencuba..org lelaki pun boleh jgak.. ♥♥♥
Semoga mendapat manfaat... ^_^
No comments:
Post a Comment